Pengikut

Halaman

Khamis, 8 Oktober 2009

Kaabah

Untuk mengetahui sejarah mengenai Kaabah, kita mesti menoleh lebih dari jutaan tahun yang lampau, semenjak masa pertama penciptaan bumi dan semenjak pertama kali Adam AS menjejakkan kakinya. Sejarah yang akan paparkan, belum menjangkau sejauh itu, jadi saya belum terjumpa lagi hakikat yang sebenarnya dari sejarah Kaabah itu sendiri. Kaabah yang berdiri tegak dengan megah ditengah kota Mekah adalah titik tepat dari kutub utara yang dahulunya dimana bumi ini berputar disumbunya untuk terjadinya waktu malam dan siang.

Istilah Kaabah dalam bahasa Al Quran adalah dari perkataan “ka’bu” yang bermaksud “mata kaki” atau tempat kaki berputar bergerak untuk melangkah. Ayat 5/6 menjelaskan istilah itu dengan “Ka’bain” yang bermaksud ‘dua mata kaki’ dan ayat 5/95-96 mengandungi istilah ‘ka’bah’ yang ertinya “mata bumi” atau “sumbu bumi” atau kutub putaran utara bumi. Kerana hal yang demikianlah, hanya Mekah satu-satunya tempat ibadah haji dan kiblat sholat dimuka bumi ini. Jika ada manusia cuba mewujudkan suatu tempat lain untuk ibadah tersebut, maka ternyatalah ia tidak mengerti persoalan sebenarnya disamping atas dasar kebodohan belaka (2/144)

Banjir besar di zaman Nabi Nuh AS merupakan kunci dari sebuahrahsia terbesar. Tentang hal yang besangkut paut dengan tatasurya dan hanya dalam Al Quran dan tidak pernah diterangkan Allah SWT dalam kitab lainnya (11/49) maka kita menjadi kehairanan kenapa ada pula tertulis dalam buku lain tanpa menyebutkan Qur’an sebagai sumbernya.

Fathimah binti Asad, isteri Abu Thalib, dalam keadaan hamil yang hampir melahirkan datang ke Kaabah untuk berdoa. Dia memohon agar dapat lahirkan bayinya dengan selamat.

Ketika dia sedang asyik berdoa dekat pintu Kaabah, tiba-tiba dia terkejut melihat dinding Kaabah retak dan terbuka. Dinding itu terus terbuka dan semakin melebar sehingga Fathimah binti Asad pun tergerak memasuki Kaabah melalui celah tersebut. Setelah dia berada di dalam Kaabah, celah itu pun secara ajaib tertutup semula sehingga kembali seperti sedia kala dengan Fathimah masih berada dalam kaabah tersebut.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut segera menceritakan kepada orang lain tentang apa yang dilihatnya. Orang ramai berpusu-pusu setelah mendengar cerita daripada mereka yang telah menyaksikan kejadian ajaib tersebut dan ingin melihat keajaiban tersebut. Mereka membawa kunci pintu Kaabah dan berusaha membukanya. Anehnya, pintu Kaabah tidak dapat dibuka.

Nabi Muhammad Saw yang baru pulang dari perjalananya, melalui tempat kejadian, di mana orang ramai mengerumuni di sekitar Kaabah. Rasul Saw turun dari untanya dan menghampiri lingjungan orang ramai. Beliau melihat beberapa orang berusaha membuka pintu Kaabah tapi mengalami kegagalan. Rasul Saw meminta kunci tersebut dan cuba membukanya. Dengan izin Allah, pintu pun dapat dibuka. Fathimah yang berada di dalamnya segera keluar dan membawa bayinya yang baru saja dilahirkan.

Fathimah binti Asad menyerahkan bayinya kepada Rasul SAW, dan Rasul Saw mendukung bayi kecil tersebut. Ketika berada di dalam dukungannya, Si bayi membuka matanya. Matanya yang jernih dan berkilat-kilat itu menatap wajah Rasul SAW. Wajah Rasul Saw-lah yang pertama kali dilihatnya ketika pertama kalinya dia membuka matanya. Dan bayi inilah yang kelak akan sentiasa membela Nabi Saw. Ibu kepada bayi tersubut, Fathimah binti Asad, menamakan bayinya dengan nama Haydar (Singa), sementara Rasul Saw menamakanbayi tersebut dengan nama ‘Ali (salah satu dari Asma al-Husna: Yang Maha Tinggi) . Imam Ali bin Abi Thalib adalah satu-satunya manusia yang lahir di dalam Kaabah. Di dalam syair-syair yang ditulisnya, Imam Ali sering menyebut dirinya dengan sebutan putra Kaabah!

Laa hawla wa laa quwwata illa billah.


Sepatah dua :

Nama ‘Ali yang diberikan Rasulullah Saw ini merupakan fakta sejarah yang memulakan hadis yang sering digunakan kaum Wahabi untuk mewajibkan seseorang menggunakan kata “’Abdul” untuk digandingkan dengan nama-nama Allah, seperti Rahman menjadi Abdur Rahman. Jika benar hadis Wahabi itu maka sudah pastilah Nabi akan menggandingkan kata ‘Ali dengan Abdul-‘Ali, tetapi sampai Rasulullah Saw wafat, tidak dijumpai satu riwayat pun bahawa beliau mengubah nama ‘Ali menjadi Abdul ‘Ali. Dari fakta sejarah ini, kita mendapat pelajaran agar selalu meneliti berbagai hadis yang kita terima, terutama dari kaum Wahabi. Ini banyak membuktikan kebodohan dan pencerobohan kaum Wahabi di dalam hal ini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan