Pengikut

Halaman

Rabu, 17 Februari 2010

8 Perkara Tentang Kematian

1. Sebelum meninggal dunia, pendengaran adalah pancaindera terakhir yang akan meninggalkan tubuh kita. Pancaindera pertama yang akan ‘pergi’ ialah penglihatan, diikuti oleh rasa, bau dan sentuhan.





2. Kepala manusia akan masih lagi dalam keadaan sedar selama 15 hingga 20 saat setelah dipenggalkan daripada badan!

http://www.tranceformasiindonesia.com/wp-content/uploads/2008/08/headache.jpg



3. Mayat pada hari ini lebih lambat membusuk dibandingkan dengan zaman dahulu kerana terdapat banyak bahan pengawet di dalam makanan yang kita makan setiap hari. Satu lagi fakta, mayat membusuk empat kali lebih cepat di dalam air berbanding dalam tanah.

http://www.recklessreality.com/wp-content/uploads/2009/03/mummy.jpg



4. Lebih 2,500 orang kidal meninggal setiap tahun akibat menggunakan barang yang dibuat khas untuk orang yang menggunakan tangan kanan.


http://www.streetsblog.org/wp-content/uploads/2007/09_24/32813754.jpg



5. Ketika Alexender The Great mangkat pada tahun 323 sebelum Masihi, sebatang jalan khas telah dibuat dari Babylon ke Mesir untuk membawa mayatnya. Kalau ditafsirkan kos pengurusan mayat Alexender itu dengan nilai mata wang pada hari ini, kosnya dianggarkan bernilai US$600 juta!

http://2.bp.blogspot.com/_Ci7lPpsSBvQ/SmbN0lV3VKI/AAAAAAAAA-E/jKx8NwOj2zA/s400/Alexander+Agung.jpg



6. Tidak lama sebelum Thomas Edison mati pada 1931, sahabatnya Henry Ford telah mengambil nafas terakhir beliau dan menyimpannya ke dalam sebuah botol.

http://www.madehow.com/images/hpm_0000_0004_0_img0106.jpg



7. Pencipta siri TV Star Wars, Gene Roddenberry adalah manusia pertama yang abu mayatnya disemadikan di angkasa lepas.



8. Masyarakat Mesir purba menganggap kucing adalah haiwan suci. Oleh kerana itu mereka akan mencukur bulu kening mereka apabila kucing peliharaan mereka mati.

http://dreamindonesia.files.wordpress.com/2009/07/cat.jpg

Sepatah dua :
Alam kubur adalah alam ke3 kehidupan kita sebelum
menempuh alam 4 iaitu alam akhirat yang merupakan
penentu untuk kita bahagia ataupun sengsara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan