Pengikut

Halaman

Isnin, 23 Ogos 2010

Kereta Terpantas Di Dunia 2010

1.  Bugatti Veyron Super Sport : 
Kelajuan Maksimum   :  257.87 mph (415 km/j), 
0-60 mph (0-100km/j)  :   2.4 saat
1200 hp (882 kW) dan maksimum torque 1500 Nm. 
Engine: 8.0 litres W16 dengan Quad Turbo. 
Asalnya milik Itali, sekarang dimiliki oleh VAG Group - Germany.







2. SSC Ultimate Aero: 
Kelajuan Maksimum :  256.15 mph (412.23 km/j), 
0-60 mph (0-100 km/j) :  2.78 saat. 
1287 hp dan 1112 Nm torque. 
Engine : 6.4 litres V8 dengan Twin Turbo. 
Asal : USA.







3. Koenigsegg CCXR Special Edition
Kelajuan maksimum :  250 mph (400 km/j), 
0-60 mph (0-100 km/j) :  2.9 saat
910 hp dan 1100 Nm torque. 
Engine : 4.7 litres V8 dengan Twin Turbo. 
Swedish road rocket.







4. Gumpert Apollo
Kelajuan maksimum : 224 mph (360 km/j), 
0-60 mph (0-100 km/j) :  3.1 saat. 
650 hp dan  850 Nm torque. 
Engine : 4.2 litres V8 dengan Twin Turbo. 
Dimiliki bersama oleh German.







5. Pagani Zonda R
Kelajuan maksimum : 220 mph (350 km/j), 
0-60 mph(0-100 km/j) : 2.7 secs. 
750 hp dan 710 Nm torque. 
Engine : 6 litres V12. 
Milikan Itali







6. Ascari A10
Kelajuan maksimum : 220 mph (350 km/j), 
0-60 mph (0-100 km/j) : 2.8 saat
625 hp dan  560 Nm torque. 
Engine: 5 litres V8. 
Buatan British.







Ini bukannya Lada, Gaz, Uaz ataupun Volga. Ini adalan supercar buatan terbaru dari Rusia iaitu  Marussia.

6. Marussia
Kelajuan maksimum : 155 mph (250 km/j), 
0-60 mph (0-100 km/j) : 5 saat
300-420 hp 
Engine: 3.5 litres V6. 
Buatan Rusia.






Marussia B2:







Sepatah dua :
Teringin nak lihat kenderaan buatan Malaysia masuk rekod sebegini.
Tapi mungkin tak ada gunanya juga sebab kelajuan maksimum Lebuh
raya diMalaysia hanyalan 110 km/j sahaja

Khamis, 12 Ogos 2010

6 Tanda Malam LailatulQadar



Nabi Muhammad Shallallahu’Alaihi Wasallam pernah mengkhabarkan kepada kita di dalam beberapa sabda beliau tentang tanda-tandanya malam Lailatul Qadar, iaitu:


1. Udara dan suasana pagi yang tenang
Ibnu Abbas radliyallahu’anhu berkata : Rasulullah Shallahu’Alaihi Wasallam bersabda:

“Lailatul qadar adalah malam tenteram dan tenang, tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu dingin, pada esok paginya sang surya terbit dengan sinar lemah berwarna merah” (Hadist hasan)

2. Cahaya mentari lemah, cerah tak bersinar kuat keesokannya
Dari Ubay bin Ka’ab radliyallahu’anhu, bahwasanya Rasulullah Shallahu’Alaihi Wasallam bersabda:

“Keesokan hari malam Lailatul Qadar matahari terbit hingga tinggi tanpa sinar seperti purnama” (HR Muslim)

3. Terkadang terbawa dalam mimpi
Seperti yang terkekadang dialami oleh sebahagian sahabat Nabi radliyallahu’anhum

4. Bulan nampak separuh bulatan
Abu Hurairoh radliyallahu’anhu pernah berkata: Kami pernah berbincang tentang Lailatul Qadar di sisi Rasulullah Shallahu’Alaihi Wasallam, beliau berkata,

“Siapakah dari kalian yang masih ingat tatkala bulan muncul, yang berukuran separuh pernama.” (HR. Muslim)

5. Malam yang terang, tidak panas, tidak sejuk, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang dan tidak ada yang dilempar pada malam itu dengan bintang (lemparan meteor untuk syaitan)

Sebagaimana sebuah hadits, dari Watsilah bin al-Asqo’ dari Rasulullah Shallallahu’Alaihi Wasallam:

“Lailatul qadar adalah malam yang terang, tidak panas, tidak sejuk, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang dan tidak ada yang dilempar pada malam itu dengan bintang (lemparan meteor untuk syaitan)” (HR. at-Thobroni dalam al-Mu’jam al-Kabir 22/59 dengan sanad hasan)

6. Orang yang beribadah pada malam tersebut merasakan nikmatnya ibadah, ketenangan hati dan kenikmatan bermunajat kepada Rabb-nya tidak seperti malam-malam lainnya.



Sepatah dua :
Kumenanti dan merindui malam Lailatul Qadar. Bukannya Laila Anak Tok Kadar

5 Perkara Yang Membatalkan Puasa

1. MELUDAH
Meludah akan membatalkan puasa jikalau air ludah tersebut mengenai alat kelamin berlawanan jenis dengan kita, dan kemudiannya kita membantu membersihkannya.

2. TIDUR WAKTU SIANG
Tidur pada waktu siang akan membatalkan puasa kita, jika kita tidur diatas badan orang yang bukan muhrim kita. Samalah juga jika kita tidur dibawah badan orang bukan muhrim kita, tetap batal puasa.

3. BERSENTUHAN
Bersentuhan dengan sengaja antara tangan lelaki dengan kulit dalam bau dalam sebelah kiri kekasih akan membatalkan puasa. Sedangkan, jika menyentuh isi dalam baju dalam sebelah kanan, juga dapat membatalkan puasa. Namun begitu, jika menyentuh kedua-duanya,tetap dapat membatalkan puasa.

4. MELEMPAR SYILING
Melempar syiling sehingga mengenai bahagia dada seorang gadis yang tidak dikenali ataupun kekasih anda, lalu anda meminta maaf kerana menyesali perbuatan anda sambil mengusap-usap dada tersebut selama 2 jam kerana kasihan dengan kesakitan yang dialami oleh gadis atau kekasih anda itu, maka perbuatan itu akan dapat membatalkan puasa.

5. MELEPAK
Melepak sambil menyuapkan nasi ayam atau nasi kerabu kedalam mulut pada siang hari akan membatalkan puasa. Sedangkan, jika hanya melepak sambil menghisap rokok jaga akan membatalkan puasa. Tetapi, jika melepak ditempat tersembunyi dengan kekasih anda sambil berbuat maksiat, tetap juga mambatalkan puasa.


Sepatah dua :
Sekadar lawak menghilangkan lapar disiang hari.

Antara Photoshop Yang Menarik







































Sepatah dua :
Layan je la ye